Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui ajalnya satu hari nanti. Namun pernah ke kita berfikir, apa persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju Akhirat?
Apa amalan yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat saham, dan pahala berterusan, ketika berada di Neraca Timbangan?
Izinkan kami kongsikan sebuah cerita. Hadith daripada Ibnu Umar R.A:
“Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar, lalu dia datang kepada Nabi S.A.W untuk minta pandangan tentang tanah itu;
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka, Rasulullah S.A.W pun bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Lalu Umar R.A pun sedekahkan manfaatnya (yakni berwakaf) dengan syarat tanah itu tidak boleh dijual beli, dihibahkan @ diwariskan.
– HR Bukhari Muslim
Jika niat kita ikhlas berwakaf, inilah cara untuk kita dapat pahala berterusan di akhirat kelak sepertimana Rasulullah Solallahua’laihi wasallam sarankan.
1. Sedekah dalam keadaan SIHAT
2. Sedekah dalam keadaan masih TAMAK KEPADA HARTA
3. Sedekah dalam keadaan ada perasaan TAKUT AKAN MENJADI MISKIN
4. Sedekah dalam keadaan ADA CITA-CITA UNTUK MENJADI KAYA
Duit Waqaf akan digunakan khas untuk membina Madrasah Mazahirul Ulum Lil Banat (Perempuan) di Bukit Choras, Kedah.
Jangkaan Madrasah ini siap mengambil masa 2 hingga 3 tahun ikut 3 fasa:
Fasa #1 – Proses Pembelian Tapak Tanah
Fasa #2 – Pembinaan Madrasah
Fasa #3 – Kelengkapan Fasiliti
Sumbangan Waqaf Anda akan diuruskan dengan penuh Amanah kerana Alhamdulillah, Madrasah ini telah pun terbukti beroperasi lebih 28 tahun & kini dalam proses untuk Pembangunan Madrasah kepada melahirkan Hafizah & Alimah pula.
Madrasah Mazahirul Ulum ( MMU ) telah ditubuhkan pada awal Januari 2002 dengan nama Madrasah Tahfizul Quran Nurul Huda. Awal penubuhan madrasah secara tidak rasmi telah beroperasi selama 8 tahun sebelum didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri pada 06hb Januari 2010. Tanggal 21 hb. Mei 2009, pihak pengurusan madrasah telah mengadakan mesyuarat pertamanya bagi melantik pengurusan ahli jawatankuasa baru untuk didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.
Bermula dengan pelajar seramai 7 orang dan 2 orang tenaga pengajar, kini telah berkembang kepada 290 orang pelajar termasuk pelajar dari luar negara seperti Cambodia, Vietnam, Thailand dan Canada dengan 30 orang tenaga pengajar.
MADRASAH MAZAHIRUL ULUM
KEDAH DARUL AMAN ( M.M.U. )
( NO. PENDAFTARAN JHEAIK : 02/2010 )
Kampung Bukit Choras Dalam
06800, Kota Sarang Semut
Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Ustaz Muhammad Hazli
(Abdurrahman)
Mudir Madrasah
6011-3222 6603
Semoga Tuan/Puan dapat menyumbang sekarang dengan ikhlas hati kerana Allah Ta’ala.
InshaAllah kami di Madrasah Mazahirul Ulum mendoakan Tuan/Puan semoga dimudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki dan kelapangan untuk terus beramal kerana Allah. InshaAllah.
Disclaimer : “Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site (nakwakaf.com) is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners”